Thursday, February 09, 2012

Kenangan di IPTI ~~ cerpen hasil sendiri ~~ huhu

Posted by mama eMKay at 9:45 AM
Keputusan STPM akan diumumkan beberapa hari lagi. Hatiku dicakar resah, tidurku diganggu gelabah. Hidup bagai duduk di atas duri. Segala kerja yang aku cuba lakukan bagai bermain dengan api.
“ Jangan kau hampakan harapan mak dan ayah, kakteh “. Itulah ungkapan yang sering menghantui kepalaku. Ungkapan harapan dan impian seorang emak kepada anaknya. Aku tahu itu semua sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menggembirakan hati mereka. Kejayaan anaklah yang boleh melegakan hati mereka. Aku dibelenggu perasaan serba salah. Kadang-kadang aku yakin, namun adakalanya aku gusar. Aku bimbang jikalau aku gagal membuatkan emak dan ayahku gembira.
Petang ahad itu aku jadi serba tak kena. Keesokan harinya keputusan yang ditunggu oleh seluruh ahli keluargaku bakal menjadi kenyataan. Seperti biasa, minum petang yang aku sediakan untuk hari itu tidak aku jamah. Seleraku hilang serta merta. Emak dan ayahku perasan akan perubahan sikapku. Namun beginilah sikapku setiap kali keputusan peperiksaan besar akan diumumkan. “Sudah lah kakteh. Jangan difikirkan sangat tentang keputusan tu. InsyaAllah, mak tahu kakteh boleh. Bukan ke kakteh dah buat yang terbaik“. Aku hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata emak. Malam itu kepala ku makin runsing. Semua perkara menjadi ingatan aku. Menyesal sungguh aku tak pergi ke UiTM Jengka lepas SPM dahulu. Bisik hati kecilku. Kalau dulu lagi aku membuat keputusan untuk sambung belajar ke sana, mesti perkara macam ni tidak aku alami. Ini semua sebab pengaruh kawan-kawanku mengajak masuk ke tingkatan enam. Aduh!! Hatiku betul-betul tidak tenteram.
Sampai di sekolah, cikgu Che Su sudah menunggu. Melihat riak mukanya yang sentiasa tersenyum sedikit sebanyak menghilangkan perasaan gemuruh ku. “ Macam mana Yatie? Dah bersedia nak ambil keputusan? “. Kata-kata Che Su membuatkan hatiku lagi bertambah runsing. “Entah lah cikgu, saya rasa macam yakin tak yakin”. Kataku dengan nada yang perlahan. “Jangan risau. Saya tahu awak boleh”. Itulah ungkapan yang sentiasa cikgu Che Su ucapkan.
Semua pelajar sedang beratur untuk mengambil keputusan. Aku tidak lihat muka kawan-kawanku yang lain. Mungkin mereka datang lewat. Hatiku dengan cepat membuat tafsiran. “Nama awak?”. “Norhayati Binti Sabtu”. Dengan pantas aku menjawab. Aku lihat pembantu sekolah itu membelek namaku sambil tersenyum. Isk, macam petanda baik!. Bisik hati kecilku. “Tahniah! Awak dapat keputusan yang cemerlang”. Aku terjeda. Jantungku bagai nak gugur. Lututku terasa lemah untuk bergerak. Longlai. Aku rasa bagai mahu menjerit di situ. Perasaan bangga, gembira berbaur dalam hatiku. “Mak ayah, tunggu kejayaan anakmu” hatiku menjerit kegirangan. Terlerai sudah perasaan gusar ku. Lantas tercetus pula perasaan gembira yang tidak terhingga. “Cikgu, saya berjaya dapat 4P”. Laungku kepada cikgu Che Su tanpa ditanya. “Alhamdulillah. Bukankah saya dah kata yang awak boleh. Saya doakan awak berjaya pula untuk sambung belajar ke universiti. Keputusan baik macam ni, tak mustahil untuk dapat”. Kata cikgu Che Su dengan yakin. “InsyaAllah cikgu. Doakan kejayaan saya”.
Kejayaan aku bukan termati setakat di situ. Kecoh hampir satu kampung tersebar dengan berita kejayaan aku. Biasalah, kalau namanya kampung, berita seperti ini memang cepat tersebar. Nasib baik berita yang boleh membanggakan emak dan ayahku. Mulai saat itu, hidupku penuh dengan senyuman. Senyuman yang bermakna buat aku dan keluarga.

Detik demi detik berlalu.
Universiti Utara Malaysia. Nun jauh daripada halamanku. Namun di situlah tempat aku bergelut dengan buku dan assignment. Kini aku telah berjaya mendapat segulung ijazah hasil usaha dan perjuangan aku yang ikhlas. Aku serahkan semua kejayaan aku untuk keluarga tercinta. Balasan daripada berkat doa dan kepayahan kedua orang tuaku. Tanpa keberkatan maka tiada jualah kejayaan yang aku kecapi hari ini.

Kejayaan dan cinta yang aku perolehi di sana turut aku bawa ke sini. Kekal tersemat di dalam hati. Ia menjadi kenangan yang akan aku kenang sampai mati. Kini kejayaan aku berpaut di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim untuk membuahkan lagi hasilnya. Semoga impian yang aku tanam sejak hari lalu menjadi realiti untuk hari esok. Emak, ayah, abang Syam, abang Arul, Kaklang dan adik, hulurkan sekeping doa untuk aku lalui hidup ini dengan penuh keberkatan. Akan aku sambut dengan kekuatan semoga kejayaan aku subur untuk kalian.

0 comments:

 

♡♡ mama-eMKay ♡♡ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise