Thursday, January 25, 2007

Posted by mama eMKay at 11:44 PM 0 comments
----------------10 WASIAT IMAM SHAFIE -------------------

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan
umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :"Barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam kadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

Pertama : Hak Kepada Diri Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

Kedua : Hak Kepada Malaikat Maut Iaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah

Ketiga : Hak Kepada Kubur Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi

Keempat : Hak Kepada Mungkar dan NankirIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat-menasihati

Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)Iaitu : Menahan kemarahan,
banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan

Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pAda Hari Akhirat)Iaitu : membuang
tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka
berjemaah

Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat
baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelokan akhlak

Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah,
bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan
maksiat

Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAWIaitu : Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam
mencari keredaan Allah

Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia
dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

::cerita pasal JIN:::

Posted by mama eMKay at 4:06 PM 0 comments
  • Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
  • Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jinterbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
  • Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapiorang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.(terkena?? hahaha..)
  • Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur
  • Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya alanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
  • Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
  • Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
  • Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk

:::Keberkatan Yaasiin:::

Posted by mama eMKay at 9:25 AM 0 comments
------------KERBERKATAN YAASIIN ( DR FATMA ELZAHRAA )--------------
Untuk Keselamatan Diri, Yang Susah Menjadi Senang..
Ø Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri...Hati yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua - Hancur mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,baca dan sapukan ke kepala.3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan.Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini. Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x.Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa Malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, llah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

:::saLaM Maal HijRah:::

Posted by mama eMKay at 12:18 AM 0 comments
::salam Maal Hijrah buat keluarga dan teman-teman:::
Semoga di tahun baru ini membawa seribu makna buat kita semua...
Sama-samalah kita mensyukuri segala nikmat yang telah diberi...
Redhailah segala yang telah Allah tentukan...
Sesungguhnya....SEGALA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH...
YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI KITA SENDIRI...

Friday, January 12, 2007

:::raHsiA gaDis MeNjaga keAyuaN:::

Posted by mama eMKay at 12:44 PM 0 comments
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengantidak memakaibahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal danmental. Gunakan masauntuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasansecara objektif, janganbanyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangunawal setiap pagiuntuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yanglembut, tidak sengauatau suaranya terlalu kuat.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakanperkataan yang melambangkankeluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.Jangan gunakan perkataanyang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,menyampah, benci dansebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadiberkerut dan masam.Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makananyang berupa ulam-ulamyang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patutselalu dimakan. Gunakansabun yang tidak merosakkan kulit.Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.Jangan gunakan bedakyang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untukmenjaga kulit muka.Jangan banyak berangan.Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkanrambut tapi janganterlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan keseluruh bahagian kepala 100kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramailelaki suka padagadis berambut panjang tapi kemas.Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhidari berjalanmengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkahjangan terlalu besar.Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalumembongkok atau tegak.Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elokditundukkan sedikit.Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklahdengan carabersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah silapanggung. Janganmengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bilabercakap. Cara bergerakbiarlah lemah-lembut.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.Tutup mulut bila ketawa.Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuktujuan baik.Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandangsekeliling. Tundukkanmata dan memandang hanya kepada apa yang sedang andahadapi. Jangan terlalukerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjelingwalaupun kepada buahhati anda.Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atausaudara bila keluar. Mintaizin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhidari merungut. Jauhi darimenjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Thursday, January 11, 2007

:::CoveR FeBruaRY:::

Posted by mama eMKay at 2:24 PM 0 comments

Cover Remaja Bulan Febuari...haha...jangan terkejut plak...

:::Cara Memakai Cincin yang betul:::

Posted by mama eMKay at 12:42 PM 0 comments
Cara memakai cincin:

"Assalamualaikum. Artikel ini untuk panduan muslimin dan muslimat
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Wallahu a'lam
Wassalam.
Beramal dengan Ilmu."

Tuesday, January 09, 2007

Kasih + Sayang + Rindu

Posted by mama eMKay at 7:44 AM 3 comments
7 Jan 2007....
Semalam merupakan hari yang cukup syahdu buat aku..Kata orang, bertemu dan berpisah merupakan adat kehidupan...tapi bagi aku ia adalah perkara yang betu-betul memilukan....satu kalimah biasa yang cukup menyeksakan...aku betul-betul faham apa yang dikatakan erti kasih sayang yang sebenar...
kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang cukup bermakna buat aku...
Di saat aku meluahkan isi hati aku nie...aku betul2 rindukan family aku...walaupun baru je kami berjumpa, tapi perasaan rindu berbaur sedih tetap aku rasai sekarang...Semalam aku balik dari kampung....teringat lagi detik perpisahan yang begitu memilukan buat kami...deraian air mata yang keluar membuktikan betapa erat dan kuatnya hubungan kekeluargaan kami sekeluarga...kasih sayang yang di curahkan oleh kedua mak ayah aku...cukup aku hargai...abg syam...abg arul....kaklang...aku...adik...kami yang dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tapi kaya dengan kasih sayang...kekayaan yang membuatkan kami tak pernah lupakan diri...
Ikatan erat dan kasih sayang yang utuh membuatkan kami sentiasa berkongsi gembira dan sedih bersama...
aku bangga dengan hubungan yang tercipta antara kami adik beradik...
saling menyayangi antara satu sama lain....tapi jarak dan kerja yang merenggangkan kami....
abg syam...abg arul...kaklang...semuanya dah ada kehidupan masing-masing...aku dan adik yang masih belajar....
kami sedang menunggu kehidupan kami yang seterusnya....Kami akan berjumpa hanya setahun sekali...itupun kalau abg2 aku dapat cuti...kaklang pulak, dia mengajar kat Serdang je...so aku bleh lah jumpa dia selalu...nasib baik dia ada...kalu tak, lagi lah sedih aku...adik plak memang aku selalu jumpe...sebab dia study kat Melaka je...tapi kesian kat abg2 aku yang dua orang tue....kami jarang jumpa...bila dah jumpa memang tak boleh nak dok asing walau jap pun....bila dah ada peluang bersama...kami memang tak pernah nak lepaskan peluang....kami bersembang...cerita kisah masing2...memang saat yang best bagi aku...setiap kali time camnie, aku memang takkan lepaskan peluang yang ada....aku seronok sgt bila bersama diaorang....tapi bila dah sampai saatnya kami terpaksa pulang ke tempat masing-masing, aku akan sedih yang terlampau...kami akan menangis sama-sama...mengenangkan yang lambat lagi untuk kami bersama berkumpul...aku masih ingat lagi kenangan semalam....cukup memilukan....
aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang...apa yang aku pasti, aku betul2 rindukan mak...ayah....abg syam...abg arul...kaklang...adik...aku sayang semua...hanya takdir yang dapat memisahkan kita....kalian terlalu agung di hati aku....tiada siapa yang boleh menggantikan tempat kalian semua....aku terlalu menyayangi keluarga aku...too much...


Friday, January 05, 2007

CinTa

Posted by mama eMKay at 8:31 AM 1 comments


Cinta....pengertian yang berbeza....

Thursday, January 04, 2007

CaHaYa CiNta

Posted by mama eMKay at 10:21 AM 0 comments



Cahaya Cinta
Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Pintu hatiku telah kau bukan
Tak mampu kumenafikannya
Kejujuran diberi
Kasih datang terhenti
Ini bahagia yang ku cari
Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu
Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

TempAt PraKtiKuM...

Posted by mama eMKay at 9:13 AM 1 comments

Haha..nie lah tempat praktikum aku...kat sini aku ditempatkan kat UPTM...Unit Pengurusan Teknologi Maklumat...bes gak..banyak pengalaman...kadang2 mencabar...kadang2 membosankan gak.. biasa lah tue...keje tempat orang...bila dah dok praktikum nie, aku rasa rindu lah plak kat tempat belajar dulu...ingat lagi time kuliah..bila fikir balik, betul lah apa yang orang cakap..lagi bes kite study lagi...tak banyak tekanan...tapi, dalam hidup we must accept it...no wonder ape yang akan terjadi sekali pun, we must get it as a challenge. Kalu tak sampai bile kite nak berjaya...aku tak sabar nak jadi someone yang termasyur kat malaysia nie...haha...ye lah, mana lah tau kot2 aku bakal jadi DJ Radio Hot FM...huhu..sebabnya ari tue aku mimpi jumpe Linda Onn... Mak aku cakap mimpi aku tue petanda baik...hehe.. [pandai lah mak]....mak kata ntah2 aku bakal jadi DJ...gantikan Fara Fauzana...[mak aku saja nak bagi semangat]..sayang mak..tapi tue semua angan2 aku je...hehe...tetiba teringin lah plak nak jadi glamer...ape yang penting, aku nak cuba mencari yang terbaik dalam life aku...berkat doa dan harapan mak ayah aku, aku harap semua akan menjadi kenyataan...amin...
tak sabar nya lah nak dapat keje...keje yang menjadi impian aku masa aku kecik lagi...hehe...[Biarlah Rahsia]...nanti bila dah capai impian aku, aku akan bagitau kat korang melalui blog nie...bukan nak bangga atau berlagak...cuma nak luahkan apa yang aku rasa...lagi 3 bulan aku akan melalui zaman praktikum aku...;D
tak sabar sangat nak habis....pejam celik..pejam celik...dah 3 taun aku abiskan zaman aku kat UUM....so, now aku kena bina hidup aku sendiri....untuk aku...untuk mak ayah...untuk family...segulung ijazah yang begitu payah aku nak dapat....banyak gak dugaan..ape pon, dalam hidup we must +ve...aku harap aku berjaya...Go yatie...Chaiyo!!Chaiyo!!!

Tuesday, January 02, 2007

:::sElAmAt BeRtuNanG:::28 OcT 2006:::

Posted by mama eMKay at 9:16 AM 0 comments



28 okt 2006....tarikh pertunangan aku dengan my luvly hubby...tak sangka plak kami bleh sampai ke tahap nie...nie semua atas plan bakal mak mentua aku...memula memang macam tak percaya...n terkejut gak...tapi dah semua nya terjadi camtue...aku terima je...mungkin nie dah jodoh aku...ramai yang kata terlalu awal untuk kami nak bertunang...n kawin...tapi bagi aku tue semua silap...pandangan manusia berbeza...camtue gak ngan keadaan sekarang...bagi aku, bila dah sampai masa, dengan segala ketentuan Allah, dan dengan izinNya...maka semua nie tejadi...tak sangka...tapi aku betul2 sayang kan tunang aku nie....kami bercinta pun bukan lah lama sangat...tak sangka as fren...pastue tetiba sekarang, kami dah bertukar status...aku anggap semua nie sebagai jodoh....kalu panjang jodoh kami, sampailah kami ke jinjang perkahwinan...tapi aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kami...harap2 semua akan berjalan lancar... kalu ikut kan plan, ujung taun nie aku kawin lah...tal sabar lah plak...that why aku tak sabar nak dapatkan keje nie...nasib baik tunang aku dah dapat keje...kalu tak, lambat lah lagi kami nak disatukan...;D...wat semua kawan2...doa2 kan kami ye...harap2 panjang lah jodoh kami...amin...
wat tunang tersayang...yatie sayang abg...too much...!!!
 

♡♡ mama-eMKay ♡♡ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise