Monday, March 11, 2013

Adakah aku, kamu, mereka sedang bahagia...?

Posted by mama eMKay at 7:33 PM 0 comments
11 tanda sedang BAHAGIA....jom audit diri...di mana kita sekarang...

1) Tidak rakus dgn dunia

2) Sibuk beribadat

3) Kurang bercakap melainkan yg perlu sahaja

4) Memelihara solat 5 waktu

5) Bersahabat dgn orang soleh

6) Tawadhu' (merendah diri)

7) Menjauhi daripada yg haram

8) Pemurah dan baik hati

9) Kasih sayang sesama makhluk

10) Berguna kpd masyarakat

11) Selalu ingat mati  

Thursday, March 07, 2013

Adakah dia seorang pembohong, kaki belit, pembongak....

Posted by mama eMKay at 8:02 AM 0 comments
Adakah anda pernah berhadapan dgn si pembongak atau kaki putar...sini ada tips utk mengenali mereka yg hebat ini...jika benar, maka benar lah..jika salah anda perlu mengenali si dia lbh dkt lagi utk menilainya dgn jelas...lets read....


Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik. Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap manusia pasti pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Dan ada juga manusia yang seringkali berbohong. Golongan ini dikenali sebagai Si Pembohong!
Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.

1. Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan kata-kata yang memberi kesan negatif.

9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.
Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda:


Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh jadi palsu.

Wednesday, March 06, 2013

Kesinambungan Tragedi Lahad Datu..

Posted by mama eMKay at 9:16 AM 0 comments
Assalamualaikum...salam sejahtera...salam 1Malaysia....

Setalah abis class 7.40-8.40 tadi terus aku memblogging...spt ada sesuatu yang masih terbuku..masih x terkeluar...;(

Hari nie perasaan ada sedikit lega sbb konflik di Lahad Datu agak tenang...tenang bagi rakyat semenanjung yang hanya tahu berita melalui media...namun adakah ianya betul2 tenang..kita sndiri x pasti...hanya mereka yang masih berada di sana sahaja yang mengetahui...wallahualam...

Yang pasti my brother masih berada di sana utk memastikan keamanan terus berlaku...

b4 that sejuta respect kepada semua Polis & ATM yang banyak memberikan pengorbanan dan melaksanakan tanggungjawab yang bukan nya sesuatu yang sgt mudah...TABIK SPRINGGGG PADA MEREKA...

Berbalik kepada isu ini, secara keseluruhannya aku masih lagi terkilan dgn sikap rakan2 yang masih x faham, x tahu, buta hati, buta segalanya...sbb apa? sbb mereka masih lagi tidak cerdik utk memberi komen semasa terjadi nya tragedi LD ini...

Antara respon rakan-rakan termasuklah:
1. Ala, ini UMNO punye taktik...
2. Tak lama lagi kan nak PRU13, so mmg dirancang...
3. Mahathir = IC = Sulu
4.
5.
6.

Semua di atas seolah-olah dia yakin dgn apa yang diutarakan..

so many rumours...taboo...n mcm2 lagi la yang kuar dr mulut mereka...
apa yang boleh aku rumuskan di sini, rakyat masih lagi tidak bersyukur ttg apa yang telah melanda negara kita...walopon umur aku baru 31 tahun, namun pertama kali dalam sejarah adanya peperangan di Malaysia...sgt dikesali...sgt menakutkan...mmg sgt memeritkan lgi apabila kedua abg aku adalah anggota keselamatan negara yang byk membantu negara utk memastikan adanya hari esok utk aku berjalan dgn aman...namun masih dianggap enteng bagi sebelah pihak

di saat mereka ssh payah mempertahankan keamanan negara, pihak tertentu cuba mempolitik kan isu ini..alangkah bijak mereka itu...

mahu saja aku berkata;
1. kalu dh tahu kenapa, mengapa, bagaimana, siapa, kenapa 'u' saja x pergi.
2. kalu kau tahu apa makna benda yang ada di kepala kau tu, kenapa kau masih menabur ftnah...adakah ianya boleh jika kau berkata sedemikian sbb kau memiliki 'benda' di atas kepala itu..
3. jangan kau berkata spt org xde akal..sdgkan kau bekerjaya..sedangkan kau ada lebih sijil berbanding kami...sedangkan kau memiliki 'takhta' berbanding suamiku...

astagfirullahalazim...jika rata2 mengatakan "manusia akhir zaman" jika kita mengatakan perkara yang bertentangan dgn kehendak hatinya, jadi x salah jika aku nk katakan di sini, "ulamak akhir zaman"

segalanya boleh difikirkan sendiri..semua sudah bijak menentukan mana baik mana buruk..namun jgn sbb kau di pihak A, kau nak memfitnah pihak B...

Syurga x pernah menjanjikan org yang mengundi parti PAS..namun syurga adalah milik org yang beriman kepada Allah...jaga iman, jaga hawa nafsu, jaga sembanyang, ikut perintah Allah, tinggalkan larangan Allah...insyallah syurga pasti milik kita...(aku adalah insan kerdil utk berbicara ttg itu...cuba memperbaiki diri ke arah kebaikan...In Sha Allah...semoga semua umat islam boleh bersatu utk menegakkan syiar islam..jgn sbb politik kita kehancuran...

Kepada rakan2..maaf andai pendapat aku mengguris perasaan...tp aku berhak mengatakan ttg sedikit kebenaran...

Mungkin x salah jika 'mereka' mahu berkata, namun ingat..jaga mulut, jaga bicara sbb takut FITNAH yang kau bualkan...

Tuesday, March 05, 2013

Lahad Datu Satu Tragedi~~

Posted by mama eMKay at 8:07 AM 0 comments
Assalamualaikum..wbt
Di saat hati sy tgh x keruan ini..sy terpanggil jugak utk menulis...sumpah, hati sy sgt bercelaru...

Tragedi Lahad Datu sgt menggemparkan seluruh rakyat Malaysia...walaupon baru terbongkar 4 hari, namun sebenarnya ia dh tercetus hampir tiga minggu..ia sengaja dirahsiakan atas sebab2 tertentu..they have the reasons...
Maaf kan sy sbb ramai 'share' 'like' status di medan sosial yg popular iaitu Facebook tentang isu ini..ada yang sengaja digemburkan..ada yang di buat kerana taksub dek perasaan...tapi satu sahaja pegangan saya, bahawa 'TAK PERLU MENYEBARKAN BERITA YANG KITA SNDIRI X PASTI..KERANA BIMBANG JIKA IA ADALAH PALSU MAKA FITNAH YANG TELAH KITA SEBARKAN'...x pasal2 dosa free..

Kdg2 bila kita kaitkan sikap manusia sebegini dgn pendirian mereka ttg parti politik mmg x disangka...maafkan sy ye jika pendapat sy ini menyakitkan hati mana2 pihak...bagi sy, ada rakan2 yang menyokong parti islam ada hebat bunyinya...tp bila isu atau tragedi Lahad Datu berlaku, saya rasakan mereka tidak perlu lagi boleh diguna pakai pemikirannya.

Mungkin tidak semua bersikap sebegitu. Tapi amat sy kesali bila ada rakan2 sy yang menggunakan isu ini untuk mereka menghentam kerajaan. lebih teruk apabila kata2 kesat banyak dilemparkan sepanjang isu terjadi. Jika sy adalah sependapat dengan mereka, sy mesti rasa malu utk mengaku itu adalah sahabat sy...sbb itu kuat sy nak teguhkan di sini, jagalah mulut kita kerana jika tersalah bicara, akan hilanglah 'respek' org lain terhadap kita...jika tersalah bicara juga, dosa yang setimbun menjadi berjuta...jika lidah kita membicarakan ttg perkara yg x benar akan lg hancur lah iman dan diri kita sbb fitnah adalah DOSA BESAR...

Sy bercakap bkn sbb sy org Umno, tp sy berckp sbb sy masih waras utk mengenal mana baik mana buruk..sebenci mana pon kita pada parti lawan, jgn biarkan lidah kita menghunus hati kawan2 kita...sehina mana pun parti lawan, jangan kita berpecah dan hilang kawan...sbbnya kita x pasti adakah pilihan kita sebenarnya betul...

Baik kita jaga lidah..jaga hati...jaga tutur kata...jangan sebab hal politik kamu dianggap bodoh!!!
 

♡♡ mama-eMKay ♡♡ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise