Monday, March 11, 2013

Adakah aku, kamu, mereka sedang bahagia...?

Posted by mama eMKay at 7:33 PM 0 comments
11 tanda sedang BAHAGIA....jom audit diri...di mana kita sekarang...

1) Tidak rakus dgn dunia

2) Sibuk beribadat

3) Kurang bercakap melainkan yg perlu sahaja

4) Memelihara solat 5 waktu

5) Bersahabat dgn orang soleh

6) Tawadhu' (merendah diri)

7) Menjauhi daripada yg haram

8) Pemurah dan baik hati

9) Kasih sayang sesama makhluk

10) Berguna kpd masyarakat

11) Selalu ingat mati  

Thursday, March 07, 2013

Adakah dia seorang pembohong, kaki belit, pembongak....

Posted by mama eMKay at 8:02 AM 0 comments
Adakah anda pernah berhadapan dgn si pembongak atau kaki putar...sini ada tips utk mengenali mereka yg hebat ini...jika benar, maka benar lah..jika salah anda perlu mengenali si dia lbh dkt lagi utk menilainya dgn jelas...lets read....


Berbohong merupakan perilaku yang tidak baik. Tetapi, tidak dinafikan bahawa setiap manusia pasti pernah berbohong, paling teruk pun sekali. Dan ada juga manusia yang seringkali berbohong. Golongan ini dikenali sebagai Si Pembohong!
Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.

1. Tidak mampu bertentang mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.

2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang meninggi, ertinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat juga suaranya yang tegang dan rehat antara ayat yang lama.

3. Menggaru-garukan bahagian tertentu
Cara paling mudah mengesan pembohongan adalah melalui gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan. Tapi ada satu yang sering mereka lakukan iaitu menggaru dibahagian tertentu. Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.

4. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah. Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan mengayun-ayunkan kaki mereka.

8. Guna kata-kata sukar
Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga. Sebuah kajian pada 2003 oleh penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain mengurangkan ayat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan kata-kata yang memberi kesan negatif.

9. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

10. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

11. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama. Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.

12. Menggelabah jawab pertanyaan spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai versi cerita dalam fikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya,cubaanda melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang berbohong selalunya akan menggelabah untuk menjawab pertanyaan seperti ini.

13. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk disampaikan.

14. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati tidak suka berdekatan dengan orang dibohongi.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Bahasa badan sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Jadi kalau dapat sesuatu maklumat jangan percaya 100%. Selidik dahulu perkara tersebut sedalam-dalamnya kemuadian buatlah keputusan yang terbaik sama ada mahu percaya atau tidak.
Kerana itu Nabi Muhammad saw pernah bersabda:


Jika kamu mendengar khabar daripada Bani Israel suatu cerita, maka jangan terus kamu terima dan jangan terus kamu tolak. Kerana boleh jadi apa yang dinyatakan oleh mereka itu benar dan boleh jadi palsu.

Wednesday, March 06, 2013

Kesinambungan Tragedi Lahad Datu..

Posted by mama eMKay at 9:16 AM 0 comments
Assalamualaikum...salam sejahtera...salam 1Malaysia....

Setalah abis class 7.40-8.40 tadi terus aku memblogging...spt ada sesuatu yang masih terbuku..masih x terkeluar...;(

Hari nie perasaan ada sedikit lega sbb konflik di Lahad Datu agak tenang...tenang bagi rakyat semenanjung yang hanya tahu berita melalui media...namun adakah ianya betul2 tenang..kita sndiri x pasti...hanya mereka yang masih berada di sana sahaja yang mengetahui...wallahualam...

Yang pasti my brother masih berada di sana utk memastikan keamanan terus berlaku...

b4 that sejuta respect kepada semua Polis & ATM yang banyak memberikan pengorbanan dan melaksanakan tanggungjawab yang bukan nya sesuatu yang sgt mudah...TABIK SPRINGGGG PADA MEREKA...

Berbalik kepada isu ini, secara keseluruhannya aku masih lagi terkilan dgn sikap rakan2 yang masih x faham, x tahu, buta hati, buta segalanya...sbb apa? sbb mereka masih lagi tidak cerdik utk memberi komen semasa terjadi nya tragedi LD ini...

Antara respon rakan-rakan termasuklah:
1. Ala, ini UMNO punye taktik...
2. Tak lama lagi kan nak PRU13, so mmg dirancang...
3. Mahathir = IC = Sulu
4.
5.
6.

Semua di atas seolah-olah dia yakin dgn apa yang diutarakan..

so many rumours...taboo...n mcm2 lagi la yang kuar dr mulut mereka...
apa yang boleh aku rumuskan di sini, rakyat masih lagi tidak bersyukur ttg apa yang telah melanda negara kita...walopon umur aku baru 31 tahun, namun pertama kali dalam sejarah adanya peperangan di Malaysia...sgt dikesali...sgt menakutkan...mmg sgt memeritkan lgi apabila kedua abg aku adalah anggota keselamatan negara yang byk membantu negara utk memastikan adanya hari esok utk aku berjalan dgn aman...namun masih dianggap enteng bagi sebelah pihak

di saat mereka ssh payah mempertahankan keamanan negara, pihak tertentu cuba mempolitik kan isu ini..alangkah bijak mereka itu...

mahu saja aku berkata;
1. kalu dh tahu kenapa, mengapa, bagaimana, siapa, kenapa 'u' saja x pergi.
2. kalu kau tahu apa makna benda yang ada di kepala kau tu, kenapa kau masih menabur ftnah...adakah ianya boleh jika kau berkata sedemikian sbb kau memiliki 'benda' di atas kepala itu..
3. jangan kau berkata spt org xde akal..sdgkan kau bekerjaya..sedangkan kau ada lebih sijil berbanding kami...sedangkan kau memiliki 'takhta' berbanding suamiku...

astagfirullahalazim...jika rata2 mengatakan "manusia akhir zaman" jika kita mengatakan perkara yang bertentangan dgn kehendak hatinya, jadi x salah jika aku nk katakan di sini, "ulamak akhir zaman"

segalanya boleh difikirkan sendiri..semua sudah bijak menentukan mana baik mana buruk..namun jgn sbb kau di pihak A, kau nak memfitnah pihak B...

Syurga x pernah menjanjikan org yang mengundi parti PAS..namun syurga adalah milik org yang beriman kepada Allah...jaga iman, jaga hawa nafsu, jaga sembanyang, ikut perintah Allah, tinggalkan larangan Allah...insyallah syurga pasti milik kita...(aku adalah insan kerdil utk berbicara ttg itu...cuba memperbaiki diri ke arah kebaikan...In Sha Allah...semoga semua umat islam boleh bersatu utk menegakkan syiar islam..jgn sbb politik kita kehancuran...

Kepada rakan2..maaf andai pendapat aku mengguris perasaan...tp aku berhak mengatakan ttg sedikit kebenaran...

Mungkin x salah jika 'mereka' mahu berkata, namun ingat..jaga mulut, jaga bicara sbb takut FITNAH yang kau bualkan...

Tuesday, March 05, 2013

Lahad Datu Satu Tragedi~~

Posted by mama eMKay at 8:07 AM 0 comments
Assalamualaikum..wbt
Di saat hati sy tgh x keruan ini..sy terpanggil jugak utk menulis...sumpah, hati sy sgt bercelaru...

Tragedi Lahad Datu sgt menggemparkan seluruh rakyat Malaysia...walaupon baru terbongkar 4 hari, namun sebenarnya ia dh tercetus hampir tiga minggu..ia sengaja dirahsiakan atas sebab2 tertentu..they have the reasons...
Maaf kan sy sbb ramai 'share' 'like' status di medan sosial yg popular iaitu Facebook tentang isu ini..ada yang sengaja digemburkan..ada yang di buat kerana taksub dek perasaan...tapi satu sahaja pegangan saya, bahawa 'TAK PERLU MENYEBARKAN BERITA YANG KITA SNDIRI X PASTI..KERANA BIMBANG JIKA IA ADALAH PALSU MAKA FITNAH YANG TELAH KITA SEBARKAN'...x pasal2 dosa free..

Kdg2 bila kita kaitkan sikap manusia sebegini dgn pendirian mereka ttg parti politik mmg x disangka...maafkan sy ye jika pendapat sy ini menyakitkan hati mana2 pihak...bagi sy, ada rakan2 yang menyokong parti islam ada hebat bunyinya...tp bila isu atau tragedi Lahad Datu berlaku, saya rasakan mereka tidak perlu lagi boleh diguna pakai pemikirannya.

Mungkin tidak semua bersikap sebegitu. Tapi amat sy kesali bila ada rakan2 sy yang menggunakan isu ini untuk mereka menghentam kerajaan. lebih teruk apabila kata2 kesat banyak dilemparkan sepanjang isu terjadi. Jika sy adalah sependapat dengan mereka, sy mesti rasa malu utk mengaku itu adalah sahabat sy...sbb itu kuat sy nak teguhkan di sini, jagalah mulut kita kerana jika tersalah bicara, akan hilanglah 'respek' org lain terhadap kita...jika tersalah bicara juga, dosa yang setimbun menjadi berjuta...jika lidah kita membicarakan ttg perkara yg x benar akan lg hancur lah iman dan diri kita sbb fitnah adalah DOSA BESAR...

Sy bercakap bkn sbb sy org Umno, tp sy berckp sbb sy masih waras utk mengenal mana baik mana buruk..sebenci mana pon kita pada parti lawan, jgn biarkan lidah kita menghunus hati kawan2 kita...sehina mana pun parti lawan, jangan kita berpecah dan hilang kawan...sbbnya kita x pasti adakah pilihan kita sebenarnya betul...

Baik kita jaga lidah..jaga hati...jaga tutur kata...jangan sebab hal politik kamu dianggap bodoh!!!

Tuesday, February 19, 2013

l0l~~~

Posted by mama eMKay at 9:04 AM 0 comments
Dush...dushh..pung..pang..pung..pang...org tu x betul...dia x layak jd idola...dia kafir...(sambil tangan dok hulur kat atas meja, amik baucer BRIM...so lol....hihi...ragam org kita yg suka benda free...bangkang seadanya..kata pemimpin x ok tp dia sendiri pun tak hebat dlm memimpin family nye....soalannya, adakah anda layak digelar pemimpin keluarga...???huh...tepuk dada tnya iman....

Rezeki itu datang dari Allah

Posted by mama eMKay at 8:52 AM 0 comments

Assalamualaikum...
Selamat pagi buat semua...terasa ceria arini..menaip smbil listening to HotFM...
Arini yang agak lambat ke sekolah uols...mcm biasa la dua kedai stop utk cari donut muaz...tp 2nd kedai baru ada..sian muaz..setiap kali npk kedai, mata nye mngerling je kat kedai..dgn harapan ada donut...
sesampai je kat sekolah aku ada sembang dgn ustazah nye ttg muaz...mmg muaz suke sgt tahan kencing di class...n at last mula la terkucil...huhu...sian kt ustazah nye...terpaksa la mguruskan muaz...kadang2 rasa mcm geram jugak sbb kt umah x penah plak dia wat hal cmtu...mgkn sb toilet di sekolah muaz cntik sgt kot..hihi

Alhamdulillah..lately ada je rezeki yang Allah turunkan kepada kami...upppsss...bukan bermaksud aku pregnant lg tau...tp rezeki yang lain...syukur ya Allah...even aku x dapat that BRIM, aku masih dapat yang lain...hihi...lepas satu, satu Allah bagi kami rezeki...thanks to Allah sbb memakbulkan doa kami...hati pon makin senang...mgkn sbb satu prinsip yang kami guna iaitu "jangan nak berkira dgn org lain"..hihi...aku n husband mmg x penah nak berkira2 nie..ada je rezeki share je...apatah lagi dgn org yg byk jasa dgn kami...termasuk pengasuh muaz n muna..mereka layak dibantu...jasa mereka menjaga anak kami sgt2 la kami hargai...x ternilai jasa baik itu...

cakap hal rezeki ni, baru je dpt berita yang dividen kwsp 6.15%...quite happy...so happy...dividen tabung haji pun naik...termasuk jugak ASB...wahhh...byk dividen naik this year...so, rezeki anak2 la utk duit tabung mereka...

cerita bab rezeki ni, sering kali aku rasa lega sbb hak org lain ttp aku anggap sbgai hak org lain..fhm kan ape yg aku maksudkan.yes..the zakat...ye frens, jgn lupa hak mereka...sbb ramai yg aku dgr masih lg lupa utk itu..sedangkan itu adalah wajib...but one more things, berzakat la pada yang sepatutnya...sbb kalu kita slah niat n salah bagi, ianya jatuh kepada sedekah...alhamdulillah sedekah kita dh tunaikan but how about zakat...huhu..aku sekadar mengingatkan...uppppsss...lagi satu, kalu ada rezeki lebih bantu la anak2 yatim..bg gomen servant, blh ptg gaji utk membantu mereka...kesian mereka..apatah lg mereka nak gunakan utk tujuan pendidikan....bantula selagi kita mampu utk berbuat kebajikan...sementara Allah pnjamkan kudrat kpd kita utk berbuat kebaikan, maka laksanakan lah frens...itulah yg mambantu kita pula di akhirat nanti..wallahualam...

Saturday, February 09, 2013

Ku lepaskan jua...lama dh terbuku...

Posted by mama eMKay at 3:39 PM 0 comments
Assalamualaikum...
lama sungguh jari nie x menaip..tp hakikatnye hati nie ada beribu2 benda nk share...al maklum la, ada ank kecik ni mmg ssh sket nk on9..ber fb pun sbb hnpon..mudah dok kt tgn...
Tomorrow adalah ari sambutn cny...so, kami x pegi mana pon..cuma dlm planbru nk berjalan sok..itupun plannye nk ke utagha jugak...pd mulanya mmg balik  kdh..disebabkan mak mertua xde di sana, maka kami terpaksa juga ke utagha sbb ada keje n terpaksa juge la plan tido di tmpt lain...ke mana kami? ermmm...nntikan entry lain dr kami ye...

td di sebabkan cik muna telah dipinjam oleh mak pengasuhnye..maka tangan dan badan ni ligat la fikir nak buat ape...so abah yg plan nak p basuh keta maka aku pun ikut pg basuh keta jugak..sbb keta aku pun dh naik kelabu jugak..

sepanjang perjalanan aku melihat byk sgt keta...padahal cuma perjalanan yg agak singkat je..dr rungkup ke bagan pasir..org yg tau area sini pun dh dpt agak jauh mana perjalanan itu..cuma yg peliknya banyak nye kete besar2...npk sgt yg empunya kete2 besar itu pemiliknya harus la org cina kan...dlm hati terdetik sket demi sket idea dan mencari jugak kenapa mereka saje yg layak n mampu berkeadaan sedemikian...

dr rungkup ke bagan pasir ada 2 bijik car wash...tp 1st car wash tu penuh..siap uncle tu tutup pintu lg x bagi masuk...so abah pun bwk aku ke 2nd car wash...nasib masih menyebelahi kami kete masih boleh la ditunggu...x ramai..dlm ati terdetik jugak, aik..cina ni dh nak raya sok pon masih lagi dok tunggu di kedai..kedai still on..masih nak mencari duit...sedangkan kalu nak compare dgn bangsa aku sndiri, maka konfem dh lama ttp kedai sbb nak smbut raya..itu la kan...aku dgn somi pun bersmbang..mcm biasa la kami suka tnya pendapat masing2 ttg hal2 mcm nie...just sharing...

bagi aku la kan, itu la perbezaan bangsa itu dgn bangsa ini...
bila mana bila kaum melayu dan india sibuk mempertahan kan ttg hasrat mereka utk mahukan free education dan kaum satu lagi pula sibuk mempertarungkan masa dan tenaga utk mencari ilmu supaya mereka diberi kelayakan pinjaman mereka menjadi biasiswa apabila mendapat 1st class degree...nampak x beza nya wahai kalian...itu yg merunsingkan...bila aku fikir semula ttg kesibukan aku masa di universiti dulu..bersengkang mata utk dptkan 1st class degree..untill the end aku cuma dpt pointer 3 above n not enough to get the free ptptn...namun aku anggap itu bukan rezeki dan aku redha sbb usaha aku x cukup utk aim itu...tp yg penting x penah pun merungut utk mmbayar ptptn walaupun bayar x byk pun..cukuplah aku byr secara konsisten..

aiyaa...rasa mcm meluat jugak bila ada org yang sanggup mempergunakan anak2 generasi yg baru nak kenal dunia macm itu utk kepentingan politiknye...wal hal aku rasa dia pun tahu sejauh mana logik nye idea itu...kalu depa memerintah pun belum tentu depa akan buat camtu..

boleh berjanji sblm dpt..kalu dh dpt mcm2 cara nak ttp kata2 nya..
contoh yg aku pgg smpi skang x jugak tunaikan "free tol dipenang jika kami menang" hah!!! dh menang pun, so mana free nye..everyday lalu still rm7per entry..hihi..mana pakcik makcik yg x penah lalu situ dok pulun ngutuk gov janji dicapati..padahal cina penang yg memprbodohkan they all x kata apa pun..tok guru pun wat bodo je...sapa yg mencapati sapa..tepuk dada tanya selera..nak suh tnya iman blum sure beriman kan...upppsss terlebih sudah...;)

Monday, October 29, 2012

##PFX9281###my kete kecik##

Posted by mama eMKay at 11:08 AM 0 comments
Owh my kancil...##PFX9281###

Salam uols...tetiba rasa macam sedey la plak bila aku nak cite ttg car kesayangan nie...walopon kete tu x besar mcm kete lain, n aku rasa kete kancil la yg paling kecik kat malaysia ni kan...tp mmg aku syg sgt kt kete tu sbb itu lah kete pertama my hubby merangkap boyfren suatu ketika dahulu tau..

ingat lagi masa hubby beli kete ni masa kat uum dulu..rasa hepi sgt dh..sbb waktu tu kete tu je yg mampu..monthly pon murah jek...maka masa tu ke hulu ke hilir la ngusung kete tu..org utara kata 'meta abih dah'..hihi..betui ka apa yg aku tulih tu..sori kalu silap eh...dulu kan, student blik kolej naik bas..tp iols naik kete..sbb pakwe ada kete..(kecik jek)..sambil tersenyum bangga..

dh hmpir 8 taun dok ngusung kete tu..dr kedah ke n9...dr n9 ke johor...dr johor ke kedah..n now kt perak plak..mmg satu semenanjung ni dh merayau kete kecik kami tue..n untill now masih memberi khidmat yg terbaik uk kami...huhu..

dh brthun guna, igt lg masa mak mertua sakit teruk...tahun 2008..masa tu aku pegnen kan si muaz sayang...dgn alahan tahap dewa, n terpaksa la balik kedah ngan kete kecik tue..tp kan, masa tu sket pon x merungut..sbb bersyukur dgn kete kecik tue...seminggu demam uols tau...pas blik tu..bayangkan la dr jb ke gurun kedah...macam nak pitam aku dok dlm kete tu..mmg x selesa sgt...

2009 posting...muaz pon dh kuar lihat dunia..brg nak blik kg mmg jadi bertambah 2kali ganda...kete kecik tu terpaksa jd 2nd car...sbb hubby decide nk beli honda city...so, terasing sket la kete kecik aku tue..sian dia...
namun setelah kete honda city pon dh di tukar ke honda freed, maka lagi terasing la kete tu...aku bwk hanya ke pasar je..itupun dh merungut sbb x muat..anak dh 2...maka bertolak2 la bila dok dlm kete kecik tu..seb bek kete tu x penah nak meragam..minta Allah jauhkan la dgn dugaan cmtu...smpi arini uols, mmg kete kecik tu x penah nak wat hal..mmg perfect perkhidmatannya...cuma kete tu kecik bagi kami berempat...

maka bermula la cerita sedih...uols, mggu lepas tetiba ada niat kt ati nie utk jual kete kecik aku tu..pada awalnya mls nak jual sbb kete tu dah xde utang...tp bila fkir, watpe ada byk kete..so, mmg kena let go kete kecik tu...n ligat la pala nak cari pembeli nye...smpi arini ramai yg  bertanya namun xde kata putus lg..mungkin sume org dh x mo pkai kete kecik dh..sume org dh mampu skang...sume nak cri kete besar...in case kalu xde buyer, maka kete tu akan di tolak ke kedai la...mgkn mgu nie last aku ngan kete kecik..huhu..serius sedih uols..

sbb ape aku sedih?....sbb kete kecik tu:
1. byk jasa eh..
2. lama dh bersama kami
3. itu la kete 1st hubby n waktu tu aku bersama hubby
4. cinta ati hubby n aku

apa jasa kete kecik tu:
1. bwk kami p kuliah kt uum
2. anta aku balik ke stesen bas alor setar masa study dulu
3. kalu dh anta maka ada gak la sessi ambik aku dr stesen bas shahab perdana alor setar.
4. hubby dtg n9..1st time dtg meminang aku bwk kete kecik tu..
5. hubby p interview utk jd cekgu
6. hubby usung ke batu pahat utk kursus perguruan kpli tahun 2008
7. hubby dtg masa hari nikah dgn kete kecik tue
8. kami pg putrajaya utk urusan pindah dr sarawak ke perak..
9. kami dtg perak utk posting pertama kami..ke bagan datoh..tmpt asing bg kami sbb x penah dtg pun sini..
10. kami pg cari rezeki utk taun pertama dgn kete kecik tu...

see....byk jasa kete kecik tu kan..so, mmg patut la aku sedih bila hubby nak jual...huhu..sob..sob..sob...;(


Tercapai jugak akhirnye...

Posted by mama eMKay at 9:26 AM 0 comments



See my hubby..osem x..hoho...abes bajet dh tu...so, aku pun saje la snap pic hubby aku ngan rayban nye...lama sgt dh en.somi aku tu ngidam...b4 this asyek beli yg murah jek..tu amek ko, sekali beli rasa pitam makcik..bajet beli rayban tu blh beli susu muna n muaz tuk sebulan tu...rm8ratos++ tu...mahai rasa nye..tp dh org tu ngidam sgt kan..so, aku pun mengizinkan la hubby tuk beli tu...sekali sekala kan..lgpun duit dia...up to him la ek...;)

so gojes la en.somi i nie..sayang u sgt2...
 

♡♡ mama-eMKay ♡♡ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise